Sunday 2 December 2012

Welcome to Venice

Kami mula terbang ke Venice dari paris. Lapangan terbang tambah murah dengan menaiki Ryanair. Ryanair nih kapal terbang budget. Tapi banyak charge tersembunyi. Klu nak booking ryanair kena baca terms btl2.. Klu x byk la charge kena byr. Flight ke treviso , Venice selama 1 jam 30 minit.. kejap jek.. Sampai di venice jam 10mlm.. naek bas ke bandar venice setengah jam camtuh.. Dari stesen bas venice, kami mula menapak untuk check in.. Venice nih semua jln air shj.. nak xnak kena terjah jek cari hotel.. mmgwajib sesat dibandar venice nih.. 12 lebih mlm baru jumpa hotel yang kami booking.. mmg letih. Suhu malam tuh mmg sejuk.. bandar venice mmg sunyi sepi..


 Ini la ryan air..

Bilik hotel yang kami tempah..

Pagi-pagi lagik kami dah bangun untuk sight seeing sekitar venice nih... Tgk la tmpt2 american next top model tuh.. Tgk gondala dan sebagainya...








Saturday 1 December 2012

Istanbul - Amsterdam - Paris

Catatan diteruskan lagik....

Perjalanan kami diteruskan Istanbul - Amsterdam - Paris

Perjalanan ke paris pada 17hb yang sama, petang itu kami check in menaiki flight KLM ke amsterdam. Sesampai di amsterdam, proses dikastam pun bermula. Untuk memasuki europe mmg perkara yang bukan mudah. Pihak kastam akan bertanye itu dan ini sebelum masuk ke negara mereka. Apa yang mereka tanye , apakah tujuan anda ke Paris, apakah yang anda tahu tentang paris, berapa harikah anda berada di sana, berapakah perjalanan duit yang ada dalam dompet anda, ...jawapannye mudah, saya hanya berkata, saya ke paris hanya untuk lawatan sosial, segala booking hotel hotel telah dibuat dan perlu ditunjukkan booking tersebut. dan pihak kastam juga ingin meilat tiket pergi dan balik ke tanahair. Dan wang yang ada semasa travel tersebut sekurang-kurangnya 1500 euro. dan kredit card juga. Selepas itu, barulah kami dilepaskan untuk masuk ke check in berikutnya dari Amsterdam  -  Paris.

Perjalanan dari Amsterdam ke paris sekitar 1 jam lebih. Suhu di paris 4 degree.. mmg sejuk... saya mmg xtahan.. Mmg kena pakai glove dan scarf juga.. Kalau perlu pakai long john dulu...


















1st day: Kuala Lumpur - Istanbul

Assalamualaikum...

mula-mula saya nk share perjalanan dari kuala lumpur ke Istanbul
Kami mula dari KLIA menaiki penerbangan MAS ke sana. Sesampai ke KLIA, kami mulakan dengan menukar matawang Ringgit Malaysia ke Euro.. Mmg tak banyak saya saya prepare untuk travel kali nih..

Check in saya sudah buat dr rumah.. cuma daftar masuk luggage sahaja belum.. Flight ke Istanbul pada jam 12.30 tgh malam 17hb November 2012. Masa yang diambil untuk sampai ke Istanbul adalah selama 10 jam 45 minit. Perjalanan yang memenatkan sbb terlalu lama dlm flight.

Lokasi : Sultanahmet
Suhu : 14 degree.


 Blue Mosque