Monday 30 January 2012

Hari Terakhir Syawal kt SMKST..

Arini, saya terajin plak untuk mengupdate blog nih... hehehhe.. sebelum malas, baek saya masukkan gambar si syawal and the geng... Hari ini (hari blog ini ditulis), hari terakhir si syawal dan ikhwan kt sek SMKST. So, kengkawan diaorang ajak amek gambar... Tp, si ikhwan dah balek awal lg. Lepas kelas Add Math td, kawan sekelas mereka ajak amek gambar... Seronok tgk bile stdt2 berjaya masuk ke SBP.. Lagipun bdk2 nih mmg layak pun dapat tempat kt sana.. Dah bertungkus lumus time PMR dpt 8A.. So, dpt la apa yang mereka impikan sebelum ini. Tahniah dari cikgu.. Buat yang terbaek di sana.



Tursina Seafood , Tg Lumpur.

Assalamualaikum,
Dinner semalam, saya dengan CikMil makan kt Tursina Seafood , Tg Lumpur. Apa yang saya boleh komen kt sini... Best dan lazat semua makanan yang disediakan. Harga pun berpatutan. Kami berdua order ikan kerapu bakar bersama gajus (gajus kegemaran cikmil), Sotong goreng tepung, nasik goreng daging (try menu faqhrul), nasi goreng petai (cikmil) nye... Air plak, saya minum air teh o ais, dan tembikai laici. best la... Orang x ramai agaknye, jadik servis nye cepat dan sedap... sesape yang nak try pg la ke sana... hehhehe.. siap promote lagik...







Saturday 28 January 2012

Esplanade

Nih citer semalam. Sebelum dak Faqh nih balek, dia nk sangat jenjalan kt Esplanade nih...




Friday 27 January 2012

Bila FAQHRUL de Kuantan....

Assalamualaikum,

Semalam saya dan faqhrul ke Bukit Gambang Resort untuk mandi-mandi kt sana. Setiap kali ada tetamu dtg kuantan, ini la antara tempat yang saya akan pg.. Hehhehe... Guna jek voucher diskaun, murah la sket...  Ramai sesangat orang yang berkunjung ke sana semalam. Kebanyakannye orang cina.. Maybe cuti CNY belum abes lg..

Nih la antara gambar-gambar yang sempat saya ambil. Sepanjang mandi-mandi mmg x sempat nak rakam pun.. Semuanye letak dalam locker.











Thursday 26 January 2012

BERSUKA-SUKA DITEPI PANTAI

Assalamualaikum,
Saya nk coret ape-ape kt sini. Cuma nak masukkan gambar sahaja.. Mata dah mengantuk..













Tuesday 24 January 2012

Jalan-jalan ke Sungai Lembing

Assalamualaikum,
Hari ini saya, Cik Mil dan Leman ke Sungai Lembing. Tujuan utama nak jalan-jalan carik makan kt sana. Saya dan leman mmg tak pernah ke sana. Jauhnye... Saya pun tak ingat berapa KM perjalanan dr bandar kuantan ke sana. yang pasti saya dapat merasakan jauhnye ke sana. Sesampai kami kesana, kami terus menuju ke warong. Menurut Cik Mil, gerai nih glamour. Saya memesan mee jawa, leman plak order mee kari dan cik mil order mee bandung.. beberapa minit kemudian sampai la pesanan kami.. Perghhhhhhhh...marvelous semua hidangan yang disediakan. Mee jawa saya pesan mmg memenuhi citarasa begitu juga mee bandung yang cik mil order... Patutla orang cakap, klu ke sg lembing jangan lupa makan kat warong ini... Sewaktu kami meninggal warong itu, orang semakin ramai bertandang. Walau pun jauh, orang sanggup datang untuk menikmati kelazatan makanan di situ.

Selepas makan, kami terus bergerak ke Muzium Sungai Lembing. Muzium ini dibuka sepanjang masa kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Cuti-cuti CNY nih pun ramai pengunjung ke sana. Cuaca panas sepanjang hari. Saya dan leman shj masuk ke Muzium.. Cik Mil tunggu dalam kereta.. Malas nk masuk..Penat katanya... Muzium tersebut terletak diatas bukit. Mmg strategik.. Byk sejarah yang boleh didapati dimuzium itu.. Dibawah ini saya sertakan gambar-gambar yang saya ambil semasa di sana.