Thursday 31 May 2012

Ceriakan wajah sucikan hati...

Assalamualaikum..
Masuk hari ini (saat entri ini dituliskan), saya sudah pun bercuti selama 4 hari selepas kejadian itu.. Byk yang saya fikirkan disebalik kejadian. Ada org berikan nasihat dan muhasabah untuk diri ini.. Saya terima adanya nasihat ini dan lakukan apa yg disarankan kerana mmg ada kebenaran di sebalik nasihat itu.. Saya redha.. Selepas 4 hari dirumah baru saya fikirkan macamna nk pg kolej nnti.. Kereta saya tdk punyai. saya kena fikirkan sesuatu... tp, bagaimana.... mungkin menumpang kawan... Ya Allah... permudahkan lah urusanku ini...

Malam semlm, saya menerima pelawaan kawan untuk pergi ke BBQ di Kem tentera.. Sudah lama seperti tdk melihat sekeliling.. asyik terperok di rumah... Tp, mmg rileks.. Sebelum pergi ke BBQ, saya sempat snap beberapa keping gambar kt lappy nih... wajah-wajah ceriaku...hehhehehe...




Sunday 27 May 2012

Ya Allah, ampunkan dosaku....

Assalamualaikum...

Saya mencari kekuatan untuk menulis ape yang telah berlaku pada pagi itu (Jumaat, 26hb May 2012).....
Pagi itu, seperti biasa saya ke tempat kerja seawal 6.50pagi. Mmg cepat aku keluar ke Matrikulasi pada hari itu.... Sesampai di matriks saya seperti biasa akan ON kan laptop.... Mengecas BB yang mmg sudah xde bateri nye... Tepat pukul 8.15pg kawan saya adam mengajak saya dan kengkawan untuk breakfast... Disebabkan terlalu ramai orang(peserta kursus pembantu makmal + pembantu pelajar minggu orientasi) tgh breakfast, adam dan kengkawan ajak keluar minum di luar.. warong-warong yang berhampiran.  Saya pun bersetuju. Lantas saya mengambil kunci untuk menaiki kereta saya keluar... Saya + adam + dayah + zuno pun bergerak ke warong Arab... Sambil makan kami berborak sehingga 8.45pg..

tetibe baru teringat Test Run untuk minggu orientasi akan start pukul 8.45pg.. Kami pun segera bergerak ke Kolej. Seperti biasa saya memandu dan tidak pula terasa ada sesuatu yang akan berlaku terhadap saya.. Kami bergerak dengan kelajuan yang biasa .. mmg tidak laju... santai-santai kata orang. Lebih kurang 5 minit memandu saya pun sampai ke simpang masuk matriks.. 500meter saya pun memberikan isyarat masuk ke kolej (disebabkan ada signboard tunjuk 500m ke Kolej matriks).. Saya masih teringatkan.. Itu la yang akan sy lakukan tatkala masuk simpang matriks.. Memang tidak ada kereta apapun kt belakang... Sementara menunggu giliran masuk ke matrik (dari arah bertentangan ada beberapa lori dan kereta) saya berborak-borak dengan kawan-kawan...

Ya Allah, saya menjerit dengan kuat... disebabkan saya melihat kereta yang sangat laju dari arah belakang kereta saya (kereta saya masih berhenti untuk masuk ke matrik) dari cermin pandang belakang kereta vios saya. Adam pun terkejut... Rupa-rupanya kereta india dibelakang yang kelajuan maksimum tidak dapat mengelak kerana disebelah kiri ada lori/kereta dan kanan hanya kereta saya yang sedang menunggu untuk masuk ke matriks. Dengan kuat dia menghentam kereta saya dengan kuat .... kereta berpusing ke arah kanan. (saya masih blh membayangkan macamana ianya berlaku...)... Ya Allah..... kereta berpusing dilanggar pula oleh lori besar dan kereta pesona. remuk kereta saya... kereta tercampak ditepi jalan. ramai orang matriks bergegas kesana...

Saya pula, dengan cepat keluar dari kereta saya.. Begitu juga dengan kawan-kawan yang laen.. Alhamdulillah kami selamat.. tiada secalit luka pun.. Keluar shj dr kereta vios saaya... saya mcm tiada keupayaan.. tiada tenaga... menggigil.. jantung saya mcm berhenti seketika... air mata saya mengalir.. nk bercakap pun tiada kudrat... ramai yang datang.. berikan saya minum dan basuhkan muka saya... Ya Allah kuatkan semangat aku, dlm hati aku menyebutnya...  Saya tidak pedulikan siapa2 pun masa itu... saya pengsan ker? saya pun tidak tahu... yang saya tau.. saya melihat setiap orang yg datang kearah saya... Peritnya dugaan ini... Aku terima takdirMu Ya Allah....

Melihatkan keadaan saya itu, kawan-kawan sejawatan pun menghantar saya ke klinik gambang. Sepanjang didalam kereta, en sukairi menenangkan saya.. berselawat .... Air mata saya tidak henti-henti mengalir.. seluruh badan saya tidak bermaya... sejuk sangat... Sesampai ke klinik, Pembantu perubatan memberikan pertolongan kecemasan yang sebaiknya.. terima kasih... wpun tiada luka walau secalitpun... saya tetap merasa kelukaan itu... Mereka bertanya sesuatu kepada saya.. saya seolah-olah blur untuk menjawab.. tiada daya untuk saya menjawab.. mereka menyatakan saya pengsan.. Disebabkan itu, ambulans kecemasan bergegas untuk membawa saya ke Hospital Besar Kuantan.. itulah pengalaman menaiki ambulans yang laju dr klinik gambang ke HTAA... Semoga saya sentiasa dilindungiNya.

Sesampai ke HTAA, saya diminta membuat X-Ray... mereka membuat pemeriksaan dan X-ray... saya ditahan hosital.. dan berpuasa... Dibawah pengawalan sekiranya muntah, perlu melakukan CT scan.. Bimbang ada pendarahan dalaman. Ya Allah..... Syukur Alhamdulillah tiada pula muntah...

Petang itu, 2.45ptg... saya diminta untuk membuat X-Ray dibahagian Kaki saya.. sampai skrg bengkak... sakit la... bila imbasan itu, tiada sebarang keretakan.. syukur alhamdulillah. Jam 3.15ptg, Dr yang bertugas bersoal jawab dengan saya... bertanya itu dan ini.. dia pun berkata, Awak nk Discharge ke? Ya Allah, bestnyeeeeee... bosan sangat rupanya.. dah lama BB tiada bateri... nak call saper2 pun xblh... 5lbh saya keluar hospital... pengalaman duk wad dan berbaju hijau itu merupakan pengalaman hidup saya.. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pengasih lagi Maha Penyayang... Syukur dengan takdirMu Ya Allah... Semoga ia menjadi pengalaman pertama dan terakhir Ya Allah ... Amin...

Monday 21 May 2012

teringin nk g hong kong lagik...

Hari ini dah start kerja setelah 3 minggu cuti semester.. minggu depan 28hb Mei, pelajar baru akan mendaftar. Seminggu untuk orientasi. Selepas itu, baru la kami akan start kelas lecture dan tutorial. Bile cuti dah lama camnih mmg la teramat malas nk start keje smula. Arghhhhhhhhh...hehhehe..

Punya la boring arinih, saya tengok-tengok la gambar lama semasa g melancong ke Hong KOng, Macau, Shenzhen dan ZHuhai... Tp, saya paling suka duk kat Hong Kong.. Happening.. Tempat Shoping pun banyak.. sediakan duit jek...heheheh...

Duit Hong Kong yg saya tukar untuk shoping ...hehhehe.. mmg x cukup klu ikotkan

Ni plak mata wang China... terlebih2... hahhahah.. betul ke?


Jumpa kawan lama..hahhahah








Thursday 17 May 2012

Selamat Hari Guru 2012




Assalamualaikum.

Selamat Hari guru untuk semua guru-guru di Malaysia. Untuk thn ke-9 ini sy tidak menyambut nye secara formal disebabkan saya telah bertukar ke kolej matrikulasi.. pada tarikh tersebut semua warga pendidik kolej sedang bercuti.. begitu la thn2 berikutnya.. Tetapi, warga sekolah SMKST menjemput saya untuk meraikan bersama-sama. terima jugak la sekuntum bunga ros dan hadiah sempena pertukaran tempoh hari.... tq kawan2...

Saturday 12 May 2012

Kenangan bersama Housemate beberapa tahun sudah.....

Tip Menolak Permusuhan

"Tolaklah (Kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib" - Surah Fussilat : 34


Tips Menolak Permusuhan

  • Maafkan, tanpa mengira pihak siapa yang benar atau salah
  • Jika tidak mampu memaafkan, cepat berlalu dan diam, tanpa membalas
  • Kenangkan detik-detik manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama dengan 'musuh' kita itu.
  • Muhasaabah hubungan kita dengan Allah. Mungkin Allah mendidik kita melalui kerenah musuh kita itu.
  • sedarkan, kita hanya hamba, penuh kekurangan dan kesalahan. Kita layak disakiti, disalahtafsirkan dan sebagainya.
(solusi,kompilasi 3 in 1)