Saturday, 1 December 2012

Istanbul - Amsterdam - Paris

Catatan diteruskan lagik....

Perjalanan kami diteruskan Istanbul - Amsterdam - Paris

Perjalanan ke paris pada 17hb yang sama, petang itu kami check in menaiki flight KLM ke amsterdam. Sesampai di amsterdam, proses dikastam pun bermula. Untuk memasuki europe mmg perkara yang bukan mudah. Pihak kastam akan bertanye itu dan ini sebelum masuk ke negara mereka. Apa yang mereka tanye , apakah tujuan anda ke Paris, apakah yang anda tahu tentang paris, berapa harikah anda berada di sana, berapakah perjalanan duit yang ada dalam dompet anda, ...jawapannye mudah, saya hanya berkata, saya ke paris hanya untuk lawatan sosial, segala booking hotel hotel telah dibuat dan perlu ditunjukkan booking tersebut. dan pihak kastam juga ingin meilat tiket pergi dan balik ke tanahair. Dan wang yang ada semasa travel tersebut sekurang-kurangnya 1500 euro. dan kredit card juga. Selepas itu, barulah kami dilepaskan untuk masuk ke check in berikutnya dari Amsterdam  -  Paris.

Perjalanan dari Amsterdam ke paris sekitar 1 jam lebih. Suhu di paris 4 degree.. mmg sejuk... saya mmg xtahan.. Mmg kena pakai glove dan scarf juga.. Kalau perlu pakai long john dulu...


















1st day: Kuala Lumpur - Istanbul

Assalamualaikum...

mula-mula saya nk share perjalanan dari kuala lumpur ke Istanbul
Kami mula dari KLIA menaiki penerbangan MAS ke sana. Sesampai ke KLIA, kami mulakan dengan menukar matawang Ringgit Malaysia ke Euro.. Mmg tak banyak saya saya prepare untuk travel kali nih..

Check in saya sudah buat dr rumah.. cuma daftar masuk luggage sahaja belum.. Flight ke Istanbul pada jam 12.30 tgh malam 17hb November 2012. Masa yang diambil untuk sampai ke Istanbul adalah selama 10 jam 45 minit. Perjalanan yang memenatkan sbb terlalu lama dlm flight.

Lokasi : Sultanahmet
Suhu : 14 degree.


 Blue Mosque































Wednesday, 28 November 2012

Menulis kembali

Assalamualaikum...

Rasanya mmg sudah lama saya tidak meng'update'kan blog nih.. Esok saya akan start kembali menulis.. Rasanya mata dah penat dan mengantuk. Esok juga saya akan kembali bertugas sekembalinya dari luar negara.

Esok saya akan start menulis pengalaman saya di
1. Istanbul
2. Paris
3. Venice

perjalanan ini mmg memenatkan namun cukup menyeronokkan. Maklumla 9 kali saya naek flight.

KUALA LUMPUR - ISTANBUL - AMSTERDAM - PARIS-VENICE-AMSTERDAM - ISTANBUL - KUALA LUMPUR  - KUANTAN.


Sunday, 24 June 2012

Syukur Alhamdulillah,


sumber: google.com

Kursus Mengurangkan Tekanan di Tempat Kerja

Assalamualaikum..

Hi semua! Dah lama saya tak update blog nih.. Bukannya ape, bizi dengan kerja dan macam xde citer menarik untuk di Storykan...hehehehehe...

semalam saya pergi kursus mengurangkan stress di tempat kerja di Kolej saya.. Start kursus dari 8.30 pg sampai 2.30ptg. Banyak juga aktiviti yang diberikan sepanjang kursus.. 





Diantara aktiviti yang dilakukan semasa kursus. Kami diberikan sehelai kertas kosong dan pencil warna. Kami diminta untuk melukis atau pun melakukan apa saja yang terfikir untuk di coretkan di atas kertas tersebut.  Kalau tgk lukisan saya tu, penceramah menyatakan saya telah meluahkan stress saya diatas kertas tersebut kerana terdapat banyak garisan2 yang saya coretkan. namun terdapat frame disitu menunjukkan masih ada lagi stress yang saya simpan.. entah la... itu la yg dia cakap...

Selain dari, itu kami juga melakukan aktiviti; ujian inventori cinta kot...lupa la... yang penting, ujian itu menyatakan saya nih dalam kategori susah memberikan harapan cinta dan tidak memberikan harapan cinta itu kepada pasanangan tersebut.. ala2 macam playboy..hahahhahahha....