Semlm ada program kt sekolah saya.. Seawal 6.35pg saya sudah sampai kt pintu pagar sekolah saya...hahhaha.. awal giler.. Sebenarnya matlamat program ini adalah seperti berikut;
Konsep sekolah penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Gejala salahlaku seperti vandalisme dan ponteng sekolah dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang agar para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Manakala, Mentor Mentee pula adalah salah satu daripada aktiviti konsep sekolah penyayang yang boleh mewujudkan suasana kasih dan memberi bimbingan. Justeru itu, murid akan terpikat dan tergerak untuk ke sekolah.
Matlamat program sekolah penyayang dan mentor mentee adalah dua pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Oleh itu, program ini adalah untuk menarik kembali para murid agar sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula ke esoknya.
p/s: seronok dapat siapkan 3 banner nih..heheheh..wpun xcantek pun...hahaha
No comments:
Post a Comment