Tuesday 24 January 2012

Jalan-jalan ke Sungai Lembing

Assalamualaikum,
Hari ini saya, Cik Mil dan Leman ke Sungai Lembing. Tujuan utama nak jalan-jalan carik makan kt sana. Saya dan leman mmg tak pernah ke sana. Jauhnye... Saya pun tak ingat berapa KM perjalanan dr bandar kuantan ke sana. yang pasti saya dapat merasakan jauhnye ke sana. Sesampai kami kesana, kami terus menuju ke warong. Menurut Cik Mil, gerai nih glamour. Saya memesan mee jawa, leman plak order mee kari dan cik mil order mee bandung.. beberapa minit kemudian sampai la pesanan kami.. Perghhhhhhhh...marvelous semua hidangan yang disediakan. Mee jawa saya pesan mmg memenuhi citarasa begitu juga mee bandung yang cik mil order... Patutla orang cakap, klu ke sg lembing jangan lupa makan kat warong ini... Sewaktu kami meninggal warong itu, orang semakin ramai bertandang. Walau pun jauh, orang sanggup datang untuk menikmati kelazatan makanan di situ.

Selepas makan, kami terus bergerak ke Muzium Sungai Lembing. Muzium ini dibuka sepanjang masa kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Cuti-cuti CNY nih pun ramai pengunjung ke sana. Cuaca panas sepanjang hari. Saya dan leman shj masuk ke Muzium.. Cik Mil tunggu dalam kereta.. Malas nk masuk..Penat katanya... Muzium tersebut terletak diatas bukit. Mmg strategik.. Byk sejarah yang boleh didapati dimuzium itu.. Dibawah ini saya sertakan gambar-gambar yang saya ambil semasa di sana.



















































No comments:

Post a Comment