Sunday 27 May 2012

Ya Allah, ampunkan dosaku....

Assalamualaikum...

Saya mencari kekuatan untuk menulis ape yang telah berlaku pada pagi itu (Jumaat, 26hb May 2012).....
Pagi itu, seperti biasa saya ke tempat kerja seawal 6.50pagi. Mmg cepat aku keluar ke Matrikulasi pada hari itu.... Sesampai di matriks saya seperti biasa akan ON kan laptop.... Mengecas BB yang mmg sudah xde bateri nye... Tepat pukul 8.15pg kawan saya adam mengajak saya dan kengkawan untuk breakfast... Disebabkan terlalu ramai orang(peserta kursus pembantu makmal + pembantu pelajar minggu orientasi) tgh breakfast, adam dan kengkawan ajak keluar minum di luar.. warong-warong yang berhampiran.  Saya pun bersetuju. Lantas saya mengambil kunci untuk menaiki kereta saya keluar... Saya + adam + dayah + zuno pun bergerak ke warong Arab... Sambil makan kami berborak sehingga 8.45pg..

tetibe baru teringat Test Run untuk minggu orientasi akan start pukul 8.45pg.. Kami pun segera bergerak ke Kolej. Seperti biasa saya memandu dan tidak pula terasa ada sesuatu yang akan berlaku terhadap saya.. Kami bergerak dengan kelajuan yang biasa .. mmg tidak laju... santai-santai kata orang. Lebih kurang 5 minit memandu saya pun sampai ke simpang masuk matriks.. 500meter saya pun memberikan isyarat masuk ke kolej (disebabkan ada signboard tunjuk 500m ke Kolej matriks).. Saya masih teringatkan.. Itu la yang akan sy lakukan tatkala masuk simpang matriks.. Memang tidak ada kereta apapun kt belakang... Sementara menunggu giliran masuk ke matrik (dari arah bertentangan ada beberapa lori dan kereta) saya berborak-borak dengan kawan-kawan...

Ya Allah, saya menjerit dengan kuat... disebabkan saya melihat kereta yang sangat laju dari arah belakang kereta saya (kereta saya masih berhenti untuk masuk ke matrik) dari cermin pandang belakang kereta vios saya. Adam pun terkejut... Rupa-rupanya kereta india dibelakang yang kelajuan maksimum tidak dapat mengelak kerana disebelah kiri ada lori/kereta dan kanan hanya kereta saya yang sedang menunggu untuk masuk ke matriks. Dengan kuat dia menghentam kereta saya dengan kuat .... kereta berpusing ke arah kanan. (saya masih blh membayangkan macamana ianya berlaku...)... Ya Allah..... kereta berpusing dilanggar pula oleh lori besar dan kereta pesona. remuk kereta saya... kereta tercampak ditepi jalan. ramai orang matriks bergegas kesana...

Saya pula, dengan cepat keluar dari kereta saya.. Begitu juga dengan kawan-kawan yang laen.. Alhamdulillah kami selamat.. tiada secalit luka pun.. Keluar shj dr kereta vios saaya... saya mcm tiada keupayaan.. tiada tenaga... menggigil.. jantung saya mcm berhenti seketika... air mata saya mengalir.. nk bercakap pun tiada kudrat... ramai yang datang.. berikan saya minum dan basuhkan muka saya... Ya Allah kuatkan semangat aku, dlm hati aku menyebutnya...  Saya tidak pedulikan siapa2 pun masa itu... saya pengsan ker? saya pun tidak tahu... yang saya tau.. saya melihat setiap orang yg datang kearah saya... Peritnya dugaan ini... Aku terima takdirMu Ya Allah....

Melihatkan keadaan saya itu, kawan-kawan sejawatan pun menghantar saya ke klinik gambang. Sepanjang didalam kereta, en sukairi menenangkan saya.. berselawat .... Air mata saya tidak henti-henti mengalir.. seluruh badan saya tidak bermaya... sejuk sangat... Sesampai ke klinik, Pembantu perubatan memberikan pertolongan kecemasan yang sebaiknya.. terima kasih... wpun tiada luka walau secalitpun... saya tetap merasa kelukaan itu... Mereka bertanya sesuatu kepada saya.. saya seolah-olah blur untuk menjawab.. tiada daya untuk saya menjawab.. mereka menyatakan saya pengsan.. Disebabkan itu, ambulans kecemasan bergegas untuk membawa saya ke Hospital Besar Kuantan.. itulah pengalaman menaiki ambulans yang laju dr klinik gambang ke HTAA... Semoga saya sentiasa dilindungiNya.

Sesampai ke HTAA, saya diminta membuat X-Ray... mereka membuat pemeriksaan dan X-ray... saya ditahan hosital.. dan berpuasa... Dibawah pengawalan sekiranya muntah, perlu melakukan CT scan.. Bimbang ada pendarahan dalaman. Ya Allah..... Syukur Alhamdulillah tiada pula muntah...

Petang itu, 2.45ptg... saya diminta untuk membuat X-Ray dibahagian Kaki saya.. sampai skrg bengkak... sakit la... bila imbasan itu, tiada sebarang keretakan.. syukur alhamdulillah. Jam 3.15ptg, Dr yang bertugas bersoal jawab dengan saya... bertanya itu dan ini.. dia pun berkata, Awak nk Discharge ke? Ya Allah, bestnyeeeeee... bosan sangat rupanya.. dah lama BB tiada bateri... nak call saper2 pun xblh... 5lbh saya keluar hospital... pengalaman duk wad dan berbaju hijau itu merupakan pengalaman hidup saya.. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pengasih lagi Maha Penyayang... Syukur dengan takdirMu Ya Allah... Semoga ia menjadi pengalaman pertama dan terakhir Ya Allah ... Amin...

No comments:

Post a Comment